Wednesday, September 24, 2008

Uncle Pete Goes Kamunting!


Hmm..that sounds like i was excited with that...Hell no...Si Botak dari Kota Tinggi, again, played dirty tricks. Ehh, doesnt he have important things to look into now he is the Internal Affairs Minister? Police? Rela? Are we crime-free people? My heart sunked after reading about one chinese girl, who was earlier kidnapped, later murdered and dumped after her parents paid more than RM30K ransom. Kalau anak VIP, sure kes boleh selesai dalam 24 jam.

I am sending Uncle Pete a raya card in Kamunting, though early this month i was so darn happy i got his mailing address in BRP i could send him cards. Rupa-rupanya, Si Botak dari Kota Tinggi, telah menggatal tangan tanda tangan surat ISA. Balik kampung nanti saya nak piket sorang2 depan rumah dia masa raya nanti. Dia seronok anak beranak buat open house. Tahanan ISA macamana? Budak2 yang hilang sampai sekarang, mak ayah depa apa cerita? EQ low betui la pak sheih ni. Nama je berat, otak dengan hati ringan macam bulu ayam.

Uncle Pete, we are praying for you and all those people who have been unjustifiedly put behind those bars. We pray for your family and loved ones. God is mighty..
I wish to share a poem by Uncle Hishamuddin Rais as I agree with his last line of poem. Now i know how it feels like being in there. Funny that the place is called Pusat Tahanan Perlindungan (eh..nak lindung apa ek? lindung dari kebenaran mengatasi kemungkaran?)


Cuaca panas, Kuala lumpur sibuk, Hari raya lagi 8 hari
Isteri yang suami ditahan ISA, Tidak bershopping tahun ini
Simpan duit untuk buat tambang, Pergi ke kamunting di pagi raya
Pintu sel dibuka jam 7.00 pagi, ke padang menyanyikan lagu memula moon
Bendera dinaikan, Kemudian menunggu tea/roti jam 8.30
Jam 12.00 pintu besar di ketuk makan sampai , Lalu makan
Senin ikan masin, Selasa ayam, Rabu ikan goreng, Khamis ikan masin
Jumaat telor rebus, Sabtu ikan goreng, Ahad daging
Jangan silap faham ketul ayam, Ikan kembung, Ikan jaket jenisnya lain
Mereka juga yang terkecil dan terkurus, Mereka dikhas untuk banduan
Yang sama kualiti antara makanan di kamunting dengan di rumah
Hanyalah telor dan ikan masin, Kalau telor boleh dikecilkan pasti telah lama dikecilkan
Kalau ikan masin boleh dimasinkan lagi pasti akan dimasinkan semasin masinnya
Jam 2.30 pintu sel tutup hingga 4.00 ptg, Kemudian petang sampaiBuatlah apa sahaja
Jam 7 pintu ditutup kembali hingga esok jam 7 pagi, Badan dikurung pekara biasa
Ramai kita masih terpenjara, Terpenjara dalam penjara yang maha luas
Terpenjara kerana takut hilang kerja, Terpenjara kerana takut berkata benar
Terpenjara kerana ingin membodek menjadi hamba, Terpenjara kerana tidak tahu erti bebas
Terpenjara kerana selesa mengikut kata, Terpenjara kerana tidak berani melihat salah dan benar
Terpenjara kerana bila membuka pintu hati kita tidak tahu apa yang temui, Lalu tinggal dalam zon selamat
Berbondong-bondong macam tikus, Orang ke hulu dia ke hulu, Orang ke hilir dia ke hilir
Orang kata iya dia kata iya, Orang kata hah dia kata hah, Dari lahir ke liang lahad
Mengambil tempat menyibuk diri, Menghabiskan oxigen menjadi stastik negeri
Hidup macam ini lebih baik mati, Dalam penjara
Berulang-ulang berkali-kali, Tapi tak semesti nya membosankan diri
Jika telah mengenal diri sendiri, Tidak ada besi dan jeriji
Dapat menggari pemikiran bebas hakiki

No comments: